PERTUBUHAN KEBAJIKAN NURHATI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Aktif sejak Sep 28, 2021

Tentang Penganjur

PKNH telah didaftar pada 20 April 2007 dibawah Pertubuhan Malaysia NO. PPP:SEL0514/04[6] NO. PPM:2425/04 NO. SYARIKAT:0748-7 SEL.

KENAPA PKNH WUJUD?

Wujudnya PKNH akan memberi jalan yang lebih baik bukan jalan untuk mendorong melakukan gejala sosial yang negatif, tidak, tetapi penyelesaian bagi masalah pembuangan bayi dan gejala bunuh diri yang meruncing dikalangan remaja sekolah yang berbangsa Melayu beragama Islam serta penganiayaan warga emas yang dibiarkan tanpa diberi perhatian yang sewajarnya oleh anak-anak mereka.

APAKAH KONSEP RUMAH PKNH?

Konsep rumah PKNH adalah kekeluargaan. Mereka akan diberikan peluang kedua kepada mereka ini untuk mendapatkan pendidikan asas agama yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah saw.

APAKAH YANG HENDAK DI PUPUK DI PKNH?

Di sini sahsiah mereka perlu dipupuk dan dibentuk semula dan diterapkan nilai Islam yang murni dan hidup dengan mencintai Allah dan RasulNya terlebih dahulu dan nilai-nilai yang dianjurkan di dalam Islam iaitu hidup berkasih sayang. 

Buat pengetahuan semua rumah perlindungan ini telah beroperasi lebih daripada 20 tahun dan telah menempatkan 50-100 orang asnaf termasuk anak-anak yatim , anak-anak yang di tinggalkan oleh penjaga ( anak tidak sah taraf )  , ibu tunggal ,muallaf dan ibu-ibu yang mengandung di luar pernikahan.

Sesetengah kes di Nurhati adalah kes-kes transit, walaubagaimanapun kebanyakkannya adalah kes kekal yang mana Nurhati menjadi tempat mereka memulakan hidup baru dan anak-anak kecil terus membesar menjalani kehidupan di nurhati sehingga kini .Jumlah keseluruhan mereka lebih kurang 50 orang dan dengan kadar penghuni yang ramai Nurhati terpaksa menyewa 3 buah rumah sekaligus yang mana ini memakan perbelanjaan yang banyak.

Perancangan Rumah Perlindungan Nurhati telah lama dicadangkan namun dengan pelbagai kekangan terutamanya kewangan ianya masih belum dapat direalisasikan.

Baru-baru ini pada 1 September 2021, pengasas Nurhati Pn.Noor Jamaliah Bt Sharifudin telah menghembuskan nafas terakhirnya dan daripada detik itu saya Lt. Bersekutu (PA) Mohamad Zaid Bin Mohamad Shah dan barisan ajk Nurhati merasakan hal ini perlu disegerakan demi menjamin masa depan penghuni Nurhati terutamanya anak-anak Nurhati sekiranya terjadi apa-apa kejadian yang tidak diingini kepada kami supaya nasib mereka terbela.

Disamping itu , dengan kadar permohonan kemasukan ke Nurhati yang tinggi sudah masanya kami mempunyai bangunan sendiri supaya lebih ramai lagi mendapat manfaatnya dan alhamdulillah ada pihak yang telah berbesar hati telah mewakafkan tanah kepada Nurhati.

Matlamat pembinaan Nurhati ( Rumah Perlindungan dan tahfiz asnaf)

1.     Berpindah daripada rumah sewa kepada bangunan tetap supaya mendapat ruangan yang lebih sesuai yang tidak mengganggu kawasan kejiranan dengan bunyi riuh anak-anak dan menjimatkan kos sewa.

2.     Ruang yang lebih selesa untuk penghuni terutamanya anak-anak untuk mereka membesar secara sihat daripada sudut mental dan fizikal.

3.     Mewujudkan ruang ilmu yang lebih baik untuk penghuni.

4.     Mewujudkan persekitaran yang lebih sihat seperti ruang bermain yang lebih sesuai untuk anak-anak pelbagai peringkat umur.

5.     Memulakan operasi perniagaan untuk menjana dana untuk kos penyelenggaran Nurhati selain daripada Nurhati Market yang berjalan secara maya akibat daripada pandemik ini.

6.     Dengan itu, ruang pekerjaan juga dapat diwujudkan untuk membantu asnaf-asnaf Nurhati menampung perbelanjaan sendiri.

Akhir kata, moga pembinaan rumah ini terlaksana dengan bantuan semua pihak dan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

...

no 2,Jalan Rasmi 11,Taman Rasmi Jaya 68000 Ampang,Selangor
01132313138
1132313138

Senarai Kempen

Tiada kempen tersedia buat masa ini.

Bersama Aaminkan Doa Penyumbang

  • ZAITON BINTI MOHAMMED MOHAIDEEN

    12 minit yang lepas

    "Semoga Allah melindungi dan beri rezeki yg mencukupi buat Pusat Jagaan Titian Kasih. Doa kan kejayaan Muhd Irfan Aiman SPM 2027"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    16 minit yang lepas

    "Semoga dipermudahkan segala urusan kita hidup didunia dan diakhirat... Amin2 Ya Rabb"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    20 minit yang lepas

    "Bismillah Allah yang maha baik dan kaya, limpahilah saya dah seluruh keluarga takdir yang bertuah dan terbaik, limpahi kami juga dengan rasa tenang, cukup, dan kaya dunia akhirat. Semoga anak anak yat..."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • MUHAMMAD NASRULLAH

    24 minit yang lepas

    "Semoga ibu saya diberi kesembuhan dari sakit dan diberi hidayah Allah pada nya..."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • WAN NORAZILA BINTI WAN AZMAN

    27 minit yang lepas

    "Assalamualaikum..saya doakn smoga warga ibu2 yg berada di sana sentiasa dipnjgkan usia , diberi kekuatan & sihat selalu..mohon titip doa buat ibu saya yg juga dalam rawatan di ICU Hospital Sg Buloh. T..."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    29 minit yang lepas

    "Semoga insan2 ini sentiasa di bawah lindungan Allah dan sentiasa dirahmati Allah. Aamiin"

    1 orang mengaminkan doa ini

  • MAZNONMASTARY

    41 minit yang lepas

    "Doakan sihat selalu , dpt rezeki utk selesaikan segala amanah yg tertungak , Arwah Mastary bin Kasssim "

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    58 minit yang lepas

    "Semoga diberi kesihatan yang baik. Luaskan Dan terangkan kubur kedua ibubapaku Dan Jauhkan mereka Dari azab kubur."

    1 orang mengaminkan doa ini

  • MUHAMAD ANUAR

    59 minit yang lepas

    "Moga Allah mudahkan semua urusan dan diberikan kesihatan yang baik olehNya untuk kita semua... aaminn "

    1 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "Ya allah semoga rezeki saya sentiasa cukup utk membesarkn ank2 saya yg juga anak2 yatim seperti kalian semoga kite semua dpermudah segala urusan🤲🏻"

    1 orang mengaminkan doa ini