Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Oct 11, 2023
RM10 / 0.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
1 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kenaikan harga kos barangan semasa di negara kita semakin lama semakin membebankan rakyat. Amat membimbangkan sehingga menjejaskan operasi perjalanan madrasah, tahfiz mahupun Sekolah Rendah Islam di negara kita. Kos operasi yang terlibat akan meningkat naik dan memberi impak yang besar kepada pembelajaran, pengajaran dan aktiviti institusi terbabit.
Justeru itu, pihak Komuniti Ihsan Johor terpanggil untuk membantu institusi-institusi yang terbabit bagi meringankan bebanan kepada mereka. Kos operasi ini antaranya termasuklah:
1. Alat tulis
2. Bahan bacaan
3. Utiliti
4. Aktiviti
Dengan membantu madrasah, tahfiz ataupun Sekolah Rendah Islam ini, maka kita sebagai umat Islam dapat membantu kelancaran bagi melahirkan generasi anak-anak Islam yang dapat mempertahankan dan menyuburkan roh Islam di bumi ini. Menyumbang walau RM10 pun akan dapat memberikan pahala yang berterusan selagi sedekah kita mengalir di setiap anak-anak ini. Sesungguhnya memudahkan institusi ini membolehkan untuk melahirkan dan mengembangkan syiar Islam. Kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakan program ini.
Allah SWT berfirman: “Wahai orang yang beriman! Berbelanjalah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kamu nafkahkan padahal kamu sendiri tidak akan mengambilnya, kecuali memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Al Baqarah: 267)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2023