MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 02, 2024

INFAQ PENDAWAIAN BILIK PENGAJIAN DAN BILIK ASRAMA

RM30 / 1.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KITA BERINFAQ DENGAN HARTA YANG KITA ADA UNTUK GANDAKAN PAHALA!


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon bantuan dan sumbangan daripada muslimin dan muslimat yang cintakan kebaikan di dunia dan akhirat untuk kempen infak pendawaian elektrik di maahad kami di sini. Saat ini, pihak kami menghadapi cabaran dalam pembiayaan untuk kos pendawaian elektrik yang belum selesai di bilik pengajian dan bilik asrama di maahad kami yang sangat penting bagi kelancaran dan keselesaan proses pengajaran Al-Quran kepada anak-anak syurga ini yang menuntut ilmu di sini.



Oleh kerana itu, pihak maahad melancarkan kempen dengan serendah RM10 bagi memudahkan dan memastikan pelajar-pelajar mendapat bekalan tenaga elektrik di bilik pengajian dan asrama ini dapat berfungsi dengan baik dan selamat, untuk menciptakan lingkungan yang kondusif bagi proses pembelajaran Al-Quran kepada para pelajar. Dengan adanya kemudahan ini, pelajar kami dapat lebih fokus dan tenang dalam mengejar cita-cita mereka untuk menjadi Hafiz Al-Quran dan menyampaikannya.



الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ


Maksudnya: (Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunaikan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka.



Akhir kata, pihak maahad berharap dengan sumbangan yang anda berikan kepada anak-anak tahfiz disini amat-amatlah kami hargai semoga kalian mendapat pahala yang berlipat kali ganda di sisi Allah SWT dan Allah memurahkan rezeki dan dilanjutkan umur kepada dermawan-dermawan yang budiman sudi berinfaq kepada maahad tahfiz kami di sini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 03, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2024

Kempen Sumbangan Tamat