MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 03, 2024

DANA INFAQ TANGKI AIR BERSIH BUAT PENDAMPING AL-QURAN

RM70 / 2.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH BERINFAQ KEPADA ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF DEMI MENCAPAI HASRAT MEREKA UNTUK MENJADI HAFIZ AL-QURAN.


Kami, dari pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon sumbangan dana untuk membeli beberapa buah tangki air untuk maahad kami yang selalu terjejas dengan masalah bekalan air disebabkan oleh tekanan air yang rendah apabila berlaku musim kemarau yang panjang. Sehubungan itu, pihak kami berharap agar saudara dan saudari sekalian sama-sama membantu kami dalam menyediakan beberapa tangki simpanan air dan pam air untuk kegunaan anak-anak maahad tahfiz kami di sini untuk bersuci, mandi, mengambil wudhuk, qada hajat dan sebagainya lagi.



Kami memerlukan tangki air yang besar yang dapat digunakan untuk menampung jumlah air yang banyak. Hal ini dapat menjadikan persiapan simpanan air untuk ketiadaan air di musim kemarau yang panjang. Selain itu, kedudukannya yang biasanya terletak lebih tinggi dari aras tanah, ia dapat menjamin air supaya mencukupi dalam agihan dan juga kelancaran, dan tangki tersebut juga akan diletakkan berdekatan dengan kawasan maahad tahfiz ini. Air yang disimpan di dalam tangki ini adalah air yang telah dirawat dan sedia ada untuk diagihkan kepada para pengguna. 



Sedekah mempunyai maksud yang cukup luas dalam Islam. Secara mudah, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pemberian itu ditujukan kepada anak-anak yatim dan asnaf di sini, sanak-saudara, mahu pun untuk kepentingan fi sabilillah.



Ayuh kita memanfaatkan harta kita di jalan Allah SWT dengan berinfaq ke jalannya untuk memudahan kepada anak-anak syurga di sini yang sedang menuntut ilmu agama demi mencapai kejayaan mereka untuk menjadi seorang yang Hafiz Al-Quran yang berjaya dan cemerlang suatu hari nanti. Insya-Allah, Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 04, 2024

Kempen Sumbangan Tamat