Penulisan penceritaan kempen adalah satu daripada kunci kejayaan. Anda perlu menulis cerita yang membuat penyumbang tersentuh hati dan memutuskan untuk menyumbang serta menyokong kempen anda.
Berikut adalah 5 maklumat penting yang perlu ada dalam kempen anda:
Sebutkan nama individu/pertubuhan, latar belakang/penerangan secara ringkas, dan hubungan Anda dengan pihak yang ingin dibantu.
Contoh 1: Nama saya Raffi, merupakan rakan sekerja Annisa di Kuala Lumpur.
Contoh 2: Saya Ahmad, merupakan mahasiswa semester 5 di UITM Shah Alam, dan sekelas bersama Nurul.
Tuliskan keadaan individu yang ingin dibantu.
Untuk penyakit, nyatakan nama penyakit dan keadaan terkini individu tersebut serta rawatan yang telah dilalui sepanjang tempoh sakit.
Contoh: Annisa telah mengalami kemalangan jiwa pada Rabu minggu lepas. Kini beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.
Jelaskan sumbangan diperlukan juga untuk membiayai apa-apa jua jenis kos.
Contoh: Daripada jumlah sumbangan yang terkumpul, ianya akan digunakan untuk membiayai pembedahan di bahagian kaki dan tangan yang menelan kos sebanyak RM15,000.00 di Hospital Kuala Lumpur.
Sebagai penutup, Anda perlu mengajak penyumbang untuk menyumbang.
Contoh: Jom rakyat Malaysia! Bantuan anda mampu meringankan beban yang ditangguh oleh adik Annisa. Klik SUMBANG SEKARANG.
E-mel dan nombor telefon untuk dihubungi.
Contoh: Untuk info lebih lanjut, anda boleh menghubungi saya di 019 - 477 5555 atau e-mel kepada
[email protected] untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut.