MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 21, 2024

DANA KELAS FARDU AIN UNTUK ASNAF ANAK YATIM

RM75 / 2.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita ringankan beban dengan membantu anak-anak yatim dan asnaf mendapat pendidikan asas agama ini agar menjadi amal jariah yang tidak putus-putus hingga hari akhirat kelak.


Ilmu fardhu ain adalah ilmu yang sangat penting bagi setiap individu Muslim. Ia meliputi perkara-perkara asas dalam agama yang wajib diketahui dan diamalkan oleh setiap umat Islam seperti aqidah, bersuci, solat, zakat, puasa, haji, adab dan akhlak muslim dan lain-lain lagi. Ilmu ini merupakan kewajipan bagi setiap mukalaf. Para asatizah di maahad ini mengajar ilmu asas dalam kalangan pelajar-pelajar membolehkan mereka mengetahui perintah Allah SWT yang mesti ditunaikan yang akan memberi kejayaan di dunia dan di akhirat.



Anak-anak yatim dan asnaf adalah amanah Allah kepada kita. Tanggungjawab kita untuk memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna, terutamanya dalam ilmu fardhu ain. Bilangan keseluruhan pelajar di maahad ini ialah seramai 52 orang pelajar. Dengan adanya sumbangan ini, pihak maahad akan menyediakan kemudahan pendidikan seperti kitab- kitab, alat tulis, rehal dan buku tulis kepada para pelajar.



Marilah kita bersama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas ini agar ia menjadi batu loncatan yang memberi semangat buat anak- anak yatim dan asnaf belajar dengan tekun lagi supaya melahirkan insan yang berilmu, beramal dan bertaqwa. Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda:

 

اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ

 

“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” 

 (Riwayat Ahmad)



Oleh itu, bersempena dengan hari Jumaat yang barakah dan di bulan kelahiran kekasih Allah SWT ini, pihak maahad mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada muslimin dan muslimat bagi kelancaran kelas fardhu ain pelajar asnaf, dan yatim ini. Sumbangan kalian amatlah bermakna buat mereka dalam mendapat ilmu asas yang sangat penting untuk kehidupan dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

DATU WAN ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2024

MOHAMAD AZLI RAZALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Sep 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2024

Kempen Sumbangan Tamat