Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Dec 23, 2022
RM535 / 13.38 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
33 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Desawarsa ini, kenaikan harga kos barangan asas semakin meningkat dan tidak terkawal. Rakyat tertekan dan terhimpit apatah lagi dikalangan asnaf, B40 mahupun sesiapa sahaja yang terkesan dengan kenaikan ini. Kenaikan harga barangan menyebabkan pendapatan bersih rakyat semakin terhakis.
Walaupun harga naik namun rakyat terpaksa juga berusaha untuk meletakkan hidangan di atas meja. Tetapi dikala ini, kuantiti barangan yang boleh dibeli semakin menipis. Maka barangan keperluan yang lain terpaksa dikurangkan demi untuk keluarga dari kekurangan makanan. Antara barangan keperluan yang terjejas adalah lampin pakai buang bagi golongan dewasa.
Lampin pakai buang ini amat diperlukan oleh golongan yang memerlukan atas sebab kebersihan diri. Namun kenaikan harga menyebabkan kuantiti yang boleh digunakan semakin mengecil. Justeru, pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu mengedarkan barangan ini kepada:
1. Warga emas
2. Asnaf
3. OKU
4. Pesakit terlantar
5. Mereka yang sangat memerlukan
Sasaran kami adalah agar dapat membantu lebih kurang RM4000 bagi meringankan beban mereka. Sesuai dengan sabda Rasulullah:
وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 02, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Dec 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2022