Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Sains Fathul Aziz
Dimulakan pada Jun 20, 2024
RM2,650 / 2.65 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000
167 Penyumbang
220 Baki Hari
Berat hati untuk meninggalkan bangunan lama, namun akhirnya mereka redha dengan ketentuan ini. Maahad ini ditubuhkan pada 22 November 2016. Di bangunan lama mereka menyewa tingkat 1 dan 2 bangunan sahaja. Sudah lama bangunan itu ingin dilelong oleh pemilik, akhirnya ianya menjadi kenyataan.
Pemilik baru bangunan pula mahu mengenakan cas sewa untuk keseluruhan bangunan sekiranya pihak maahad mahu kekal di bangunan tersebut. Pihak maahad akhirnya memilih untuk berpindah kerana tidak mampu untuk terus menyewa di bangunan tersebut.
Suasana kelas di bangunan lama sebelum berpindah
Dinding-dinding di bangunan lama terpaksa dirobohkan kerana perlu berpindah
Proses perpindahan ke bangunan baru
Terpaksa akur, Maahad Tahfiz Fathul Aziz kini beroperasi di sebuah surau yang saiznya jauh lebih kecil berbanding dahulu. Buat masa sekarang, hanya rak-rak buku yang dijadikan sebagai dinding pemisah antara kelas belajar, pejabat pengajar serta ruang yang lain.
Bahkan kelengkapan dan kemudahan di tempat baru ada banyak yang telah rosak. Sebagai contoh ada lampu yang tidak hidup, grill pintu yang telah rosak, bahagian tangga menjadi licin akibat terkena tempias hujan serta pelbagai masalah yang lain. Oleh itu, pihak maahad memerlukan kos kewangan yang banyak untuk baik pulih serta menyediakan kemudahan yang lebih selesa untuk para pelajar.
Pada masa yang sama pihak maahad juga memohon agar dapat meringankan beban kos operasi yang ditanggung oleh mereka. Hal ini kerana pihak maahad telah menanggung kos bil air, elektrik dan sewa yang amat tinggi. Bahkan sebelum ini mereka terpaksa berhutang untuk tetap berusaha mengekalkan maahad ini beroperasi.
Kebanyakkan pelajar di sini juga adalah dari kalangan asnaf dan anak yatim yang berumur 5 tahun sehingga 14 tahun. Akibat kekurangan dana, banyak program dan aktiviti pelajar terpaksa dibatalkan. Bahkan kemudahan yang ada juga banyak yang perlu dibaiki. Impian maahad ini adalah untuk dapat menyediakan suasana belajar lebih selesa untuk para pelajar ini. Adalah impian pihak maahad untuk melahirkan “Generasi Al-Quran, Generasi Cermerlang” yang seimbang dunia dan akhirat.
Justeru, pihak maahad memohon agar para dermawan semua bersama-sama bantu meringankan beban yang ditanggung. Bersama-samalah kita bantu agar dapat mengekalkan maahad tahfiz ini dapat bertahan serta menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada para pelajar.
“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.”
(Surah Al-Baqarah: 274)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2024
LATIF KACHONG
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2024