MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 21, 2022

RAYU INFAQ MINUMAN AIR BERSIH PELAJAR TAHFIZ ASNAF MISKIN

RM1,470 / 29.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

91 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTULAH GOLONGAN PENCINTA AL-QURAN INI DENGAN SEDEKAH UNTUK BEKALAN MINUMAN AIR BERSIH BAGI KEMUDAHAN MEREKA MENUNTUT ILMU DAN BERIBADAH. TUKARKAN HARTA DUNIA MENJADI SAHAM UNTUK AKHIRAT KELAK.


Assalamualaikum wbt muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah SWT. Pihak jawatankuasa Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam, Kedah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan tahlil, bacaan yassin, solat hajat dan khatam Al-Quran bagi mencari sumbangan khusus berbentuk infaq, hibah, zakat dan jariah akhirat untuk memiliki bekalan air bersih. Ia adalah untuk minuman anak-anak tahfiz kami disini dengan kadar RM5000 untuk sebuah mesin penapis air. Pihak maahad tahfiz memerlukan 500 orang penyumbang berjumlah RM10 untuk tujuan berikut. 



Air adalah sumber asas kehidupan manusia lebih-lebih lagi golongan pencinta Al-Quran ini untuk membaca Al-Quran. Akhlak yang mulia dengan membantu golongan yang memerlukan adalah seperti buah dan haruman bunga daripada pokok Islam. Petani yang cakna hasil tanamannya akan sentiasa membelai pokok dengan baja dan siraman yang baik demi mendapat buah serta bunga terbaik. Begitulah perumpamaan bagi akhlak yang mulia. Ia perlu dilatih dari awal dan berterusan.



Satu kisah perbuatan mulia seorang remaja Arab yang sanggup berulang alik di hadapan Kaabah untuk mengagihkan air kepada jemaah. Walaupun nampak mudah dan remeh pada sesetengah pihak, memberi minum air kepada orang atau makhluk Allah mempunyai nilai yang sangat tinggi pada Allah. Lihat sabda Rasulullah SAW ini:


“Ketika seorang lelaki berjalan pada sebuah jalan dia berasa sangat dahaga. Dia menemui sebuah perigi lalu turun ke dalamnya dan minum. Setelah keluar daripada perigi itu dia mendapati ada seekor anjing sedang terjelir sambil memakan tanah basah kerana dahaga yang amat sangat. Lelaki itu berkata anjing itu berasa terlalu dahaga seperti apa yang pernah aku rasai. Dia pun turun ke dalam perigi, mengisi kasutnya dengan air lalu menggigit (kasut itu) dengan mulutnya sambil memanjat naik ke atas dan memberi minum (air itu) kepada si anjing. Allah memuji lelaki itu (kepada para malaikat) dan mengampunkan dosanya. Para sahabat lalu bertanya: “Wahai Rasulullah adakah pada binatang pun ada peluang bagi kami mendapat pahala?” Rasulullah menjawab: “(Kebaikan) kepada setiap makhluk yang mempunyai hati yang basah (setiap makhluk hidup) memiliki ganjaran (pahala).”

(Sahih Bukhari dan Muslim)




Abdullah Ibn ‘Abbas pernah ditanya apakah amal kebajikan paling utama dilakukan? Beliau menjawab: “Memberi air (minuman) kepada orang. Mengapa? Tidakkah kamu membaca bagaimana ahli neraka pun mengharapkan curahan air dari ahli syurga.” (Tafsir Ibn Kathir & Tafsir al-Qurtubi). Kata-kata beliau itu dipetik daripada firman Allah: “(Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): “Limpahkanlah kepada kami sedikit daripada air atau daripada rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu”. Mereka (ahli Syurga) menjawab: “Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya kepada orang kafir.” (Al-A’raf, 7:50)



Akhir kata semoga Allah swt memberi Taufiq dan Hidayahnya kepada kita semua untuk saling taawun dan saling membantu atas jalan ketaqwaan. Nabi saw. bersabda:


ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه


Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Riwayat Al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Dec 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 27, 2022

Kempen Sumbangan Tamat