Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Semoga Allah swt perluaskan rezeki buat semua ahli keluarga dan kesihatan yang baik dan dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah serta semoga pahala sedekah ini akan dipanjangkan buat arwah abah & arwah ayah serta kedua ibu ku…amin ya rabbal alamin
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga Allah swt perluaskan rezeki buat semua ahli keluarga dan kesihatan yang baik dan dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah serta semoga pahala sedekah ini akan dipanjangkan buat arwah abah & arwah ayah serta kedua ibu ku…amin ya rabbal alamin
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah Ya Khaliq Ya Bariq Ya Musawwir di hari jumaat yang penuh barokah ini aku memohon kepadaMu Kau kurniakanlah kepada kami suami isteri zuriat yang soleh dan solehah. Kau makbulkanlah doa kami untuk memiliki cahaya mata sebagai penyambung kasih sayang antara kami dan juga sebagai pelengkap kebahagiaan dalam rumahtangga yang dibina. Aamiinn.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Bismillahirrahmanirrahim..semoga Allah angkat segala penyakit yg ada dlm tubuh bdn sy dan sy diberikan kesembuhan sepenuhnya selepas pembedahan ketumbuhan di otak yg sy jalani tahun lalu..semoga Allah mengurniakan rezeki yg melimpah ruah & dari sumber yg tak disangka2 buat sy sekeluarga & kita semua..
0 orang mengaminkan doa ini