Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Feb 20, 2023
RM565 / 7.06 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
35 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tanpa ada air takkan ada kehidupan. Air merupakan sumber kehidupan yang sangat diperlukan oleh manusia. Air adalah keperluan utama kerana air adalah sumber kehidupan. Dengan air, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan yang dapat dimanfaatkan oleh manusia. Betapa pentingnya air bagi kehidupan, memberikan akses air kepada makhluk Allah SWT sama saja dengan memberikan kehidupan kepadanya. Balasan atas hal ini sangat besar kerana manfaat yang sangat luas.
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya.” (S.Az-Zumar:39)
Oleh itu, hendaklah kita sebagai seorang Muslim berada di barisan hadapan yang sentiasa berusaha untuk memberi atau bersedekah air kepada orang atau makhluk lain yang memerlukan air. Ketika kita melakukan hal ini bermaksud kita telah melakukan amal utama yang akan mendatangkan pahala, pengampunan dosa dan jalan meraih syurga.
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menyeru muslimin dan muslimat agar berlumba-lumba dalam kebaikan dan sedekah tangki air bersih. Mari salurkan sumbangan bagi menyediakan tangki air bersih kepada para pelajar di sini. Kewujudan tangki air bersih ini amat penting bagi menyimpan air untuk menampung puluhan pelajar kerana di kawasan Ayer Hitam sering dibelenggu masalah tekanan air yang rendah dan juga gangguan air.
Pihak maahad mengucapkan jazakumullah khairan jaza kepada para penyumbang yang telah menafkahkan sebahagian hartanya untuk keperluan bersuci, wudhu, mandi para pelajar kami di sini. Semoga ianya menjadi amal jariyah dan pahala yang berlipat-lipat yang terus mengalir seiring banyaknya para pelajar yang belajar di Maahad tahfiz ini. InsyaAllah
Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR Abu Daud)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 22, 2023
ELYNA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 22, 2023
HAMIDAHABDULRAHIM MOHDAZMIR
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 22, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 22, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Feb 22, 2023