MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 07, 2022

SEDEKAH INFAQ KITAB AGAMA UNTUK MENAMBAH ILMU PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN YATIM

RM1,010 / 25.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

67 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BANTULAH GOLONGAN PENUNTUT ILMU INI DENGAN SEDEKAH UNTUK BAGI KEMUDAHAN MEREKA MENUNTUT ILMU DAN BERIBADAH. GANTILAH HARTA DUNIA MENJADI SAHAM UNTUK AKHIRAT KELAK.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Saya mewakili ajk maahad ingin memohon sumbangan daripada muslimin dan muslimat untuk membeli kitab-kitab pengajian anak-anak tahfiz yang menuntut disini untuk kitab fardu ain fekah tauhid dan kitab-kitab hadith. Bayangkan, kita dalam kalangan yang turut sama menyumbang bagi anak-anak ini dalam menuntut ilmu ke jalan Allah. Betapa besar ganjaran pahala serta kemudahan yang kita dapat sediakan kepada mereka. Sedikit pengorbanan atas keikhlasan kita, besar ganjaran buat mereka yang memerlukan.


والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ


Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

(Riwayat Al-Tirmizi)




InsyaAllah dengan harapan berkat sumbangan kita terhadap anak-anak tahfiz inilah bekalan kehidupan akhirat kita yang dipenuhi amalan yang tidak terputus berkat infaq yang kita jalankan. Hal ini kerana banyak maahad tahfiz dalam negeri Kedah khususnya tenaga pengajar akan menggunakan kitab fekah pelbagai jenis atau guru tersebut mengajar dengan tidak mengunakan kitab untuk menyampaikan ilmu. Dengan adanya kitab agama akan memberi galakan semangat untuk penyampaian ilmu dan penyebaran ilmu insyaAllah.



Oleh itu, pihak maahad kami ingin mencari penaja yang ingin membeli dan menyumbang kitab kepada maahad tahfiz kami disini yang serba kekurangan segala sudut dana seperti maahad tahfiz lain juga. Kitab ini insyaallah akan digunakan oleh para pelajar seawal usia 10 tahun sehingga 18 tahun. Kitab tersebut bukan sahaja menjadi rujukan bahkan menjadi asbab penambahan ilmu kekal yang akan digunakan kelak dalam kehidupan.




Akhirkata, pihak maahad mengajak muslimin dan muslimat saling membantu atas jalan ketaqwaan serta keimanan kepada Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ARIF JEMALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 11, 2022

Kempen Sumbangan Tamat