TABUNG PENDIDIKAN ANAK ASNAF DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA FASA 1

RM1,170 / 23.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

43 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom kita bantu pelajar-pelajar asnaf ini yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran mereka di menara gading dan mengubah nasib keluarga dan diri mereka sendiri.


Kami daripada Pertubuhan Kebajikan Kasih Sayang Daerah Sibu ingin memohon jasa baik anda untuk bersama kami dalam meringankan beban seorang ahli pertubuhan kami yang  melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di UNIMAS.


Kami yakin dan percaya dengan adanya beliau meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi, ianya mampu untuk mengubah nasib diri dan keluarga beliau untuk menjadi lebih baik dan tidak mustahil untuk beliau turut membantu anak bangsa kita apabila sudah berjaya kelak. Bukan itu sahaja, tabung yang kami lancarkan ini juga akan memanfaatkan 4 penerima yang lain di mana setiap penerima akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 setiap seorang untuk digunakan sebagai pendaftaran awal sesi berkenaan. 



Surat tawaran kemasukan ke IPTA iaitu UNIMAS

Program seperti banyak kali kami jalankan dengan pemberian sedikit bantuan kewangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan agar ianya dapat memanfaatkan diri mereka serta mengubah nasib keluarga mereka kelak apabila sudah berjaya.


Kad pengenalan ahli berkenaan

Kami yakin dan percaya bahawa dengan adanya sistem pendidikan yang baik diterima oleh mereka, ia mampu untuk mengubah nasib diri dan keluarga mereka pada masa akan datang. Usaha yang kami lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga yang dihadapi oleh mereka untuk menghantar anak-anak ke menara gading.


Sumbangan diberikan kepada salah seorang pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.

Pendidikan sangat penting. Bak kata-kata daripada Nelson Mandela “Pendidikan adalah senjata paling mematikan di dunia, karena dengan pendidikan, kamu dapat mengubah dunia”
(Nelson Mandela)


Ibu kepada salah seorang penerima bantuan di mana anak beliau mendapat tawaran sambung belajar di Universiti Malaya di dalam jurusan undang-undang.


Ayuh kita bersama mendorong usaha dan semangat ini untuk mengubah nasib generasi akan datang ke arah yang lebih baik. Tanpa usaha kita, tidak mungkin perkara ini akan berjaya.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 07, 2023

MOHD YUSOFF BIN ABDUL RAHMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat