Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM765 / 10.93 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
50 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum Wbt. Ramadhan menjelang lagi. Namun apakah persediaan kita bagi menghadapi bulan yang mulia ini? Sesungguhnya memperbanyakkan amalan sedekah, tidak kira kecil atau besar, banyak atau sedikit adalah sangat digalakkan terutama dalam bulan Ramadhan kerana dengan bersedekah di bulan Ramadhan akan dilipatgandakan tanpa terhitung oleh manusia seperti sabda Nabi S.A.W:
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh anak Adam akan dilipat gandakan dengan sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali ganda. Allah SWT berfirman yang tafsirnya: Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untukKu, Aku sendiri yang akan membalasnya." (Sahih Muslim)
Atas peluang dan kesempatan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia merasakan bahawa perlunya untuk kita yang berkemampuan untuk bersama meraikan golongan gelandangan yang dikategorikan sebagai fakir miskin di bulan Ramadhan dengan menyediakan makanan untuk mereka berbuka puasa.
Oleh itu, pihak yayasan akan menyediakan juadah/ makanan berbuka puasa berupa makanan nasi bungkus berserta kuih-muih, buah-buahan dan minuman khusus untuk golongan gelandangan yang berada di pusat bandar Kuala Lumpur dan di kawasan sekitarnya. Sasaran pemberian ini adalah sekitar 100 orang gelandangan untuk mereka berbuka puasa sepanjang Ramadhan.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi melihat golongan gelandangan ini dibantu agar mereka dapat merasai nikmat berbuka puasa seperti kita semua. Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Rasulullah SAW juga ada bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR. at-Tabrani)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Mar 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 23, 2023
LILY
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 23, 2023
HAJI ZULLASTREE
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 23, 2023